Assalamualaikum
& salam sejahtera buat semua pembaca..
Macam
biasa la, tetiap pagi mesti beli paper metro.. kadang tak sempat baca pun, yang
penting beli sebab mak abah nak baca.
So,
pagi ni kerja tak banyak. Jadi rajin la nak belek-belek sekejap.
Tertarik
dengan artikel pasal Jantung. So, saya share la kat sini ye. Mana la tahu, satu
hari nanti kita perlukan maklumat tentangnya kan, xyah susah-susah nak cari. Then
paper ni kalau dah baca nti mula la buat bungkus nasi lemak.
So,
meh kita baca sikit tentang kepentingan jantung ni.. apa tanda-tanda
serangannya dan sebagainya.. ni saya taip sendiri ye.. bukan copy paste dari
web memana.
Pengenalan
Jantung :
Fungsi
UTAMA Jantung ialah mengepam darah untuk membekalkan oksigen. Penyakit jantung
koronari berlaku apabila kolestrol berkumpul di dalam arteri dan membentuk
lemak. Timbunan lemak mengakibatkan arteri menjadi sempit. Ini boleh
menjejaskan pengaliran darah ke jantung dan menjadikan jantung kekurangan
oksigen dan nutrient.
Penyakit
jantung koronari lebih kerap berlaku di kalangan golongan tua dan EMPAT KALI
GANDA lebih kerap di hadapi oleh KAUM LELAKI berbanding kaum wanita. Selain itu
ia juga berpunca akibat jangkitan atau gaya hidup tidak sihat.
Tanda-Tanda
Serangan Jantung :-
·
Sesak
nafas
·
Muka
kelihatan pucat
·
Berpeluh
·
Berasa
sejuk walaupun persekitaran panas
·
Pening
kepala
·
Berasa
loya
·
Boleh
pitam atau pengsan
·
Sakit
dada berlaku apabila salah satu salur nadi jantung tersumbat sepenuhnya.
Faktor
Risiko Utama :-
·
OBESITI
– tidak larat bergerak cergas dalam aktiviti harian
·
TEKANAN
DARAH TINGGI – ia boleh merosakkan arteri dan meningkatkan risiko serangan
jantung
·
PENYAKIT
DIABETES – menganggu pengaliran gula dalam darah
·
MEROKOK
– semakin kerap anda merokok, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit
jantung
·
MEMPUNYAI
PARAS KOLESTROL YANG TINGGI DALAM DARAH – kawalan permakanan yang kurang baik
menghasilkan paras lemak dalam darah yang tidak normal termasuk tahap kolestrol
yang tinggi
·
KURANG
MELAKUKAN KEGIATAN FIZIKAL
·
STRESS
·
Pengambilan
arak yang berlebihan boleh meracun otak dan hati.
Pencegahan
:-
1. Bersenam selalu
atau sekurang-kurangnya 3kali seminggu (20-30 minit)
2. Kawal pengambilan
makanan berlemak
3. Cuba kekalkan
berat badan yang seimbang dengan ketinggian anda
4. Berhenti merokok
5. Cari masa
untuk beristirehat dan kawal stress
6. Periksa tekanan
darah anda secara berkala
7. Periksa paras
glukos darah dan pastikan glukos darah berada di paras normal
8. Periksa tahap
kolestrol darah anda
9. Buat pemeriksaan
kesihatan secara berkala
10.Elakkan minum arak
sumber : harian metro 10.04.13
**nampak gaya tiap minggu nak pergi bersenam la..rasanya dah lama tak bersenam.. badan pun dah naik lemau..**
ye..masalah yang membawa maut..
ReplyDeletesist ada baca paper tadi?
ada indian ni kene serangan jantung then mati.
are_lin@yu
10 April 2013 at 11:06bahaya ni..tkt lak bca..kdg2 simptom tu ada.huhu
ReplyDeleteNice sharing..
ReplyDeleteKalau dah ada simptom2 tu better gi check....
Good info... Sama2lah kita menjaga kesihatan jantung kita.. :)
ReplyDeleteBahayanya.. Dahlah saya jenis yang malas nak bersenam..
ReplyDeletetak sempat baca surat khabar td. ni baru tau. hehe
ReplyDeleteKakak kurang exercise tu yg pasti. Takut juga sebab makan tiap hari exercise payah sekali...
ReplyDeleteInfo yg sgt berguna. (",)
ReplyDeletenice entry :)
ReplyDeleteassalamualaikum mimie...menarik info...:)
ReplyDeleteketurunan pon boleh menyebabkan sakit jantung kan2 xD
ReplyDeletep/s : follow sini :)
Thanx for sharing.
ReplyDeleteAmalkan gaya hidup sihat =)
^^blogwalking^^
arghhh!!!!adakah???akuh neh perokok tegar...hehehe...sory nyelit kat sineh...huhuhuh!!!!
ReplyDeletesatu perkongsian yang menarik...semua kita ada potensi untuk mendapat penyakit jantung kerana semua ada jantung..
ReplyDeleteJom Baca Entri Terkini Saya Di Sini
didiey selalu gak sesak nafas tp sebab asma..hehe
ReplyDeleterasanya penyakit ini paling bahaya sekarang kan
ReplyDeletecik yaya :
ReplyDelete-ada baca..kisah yang dia gado with wife dia tu eh? errgg, ngeri..tak sempat nak minta maaf dah pergi..
arelinayu :
-tu la pasal..ada juga yang kena ngan diri ni..takut pun ada..
normi nieza :
-sesuatu yang penting untuk semua.. :)
ratu hatiku :
-insyaAllah kak.. :)
isabel diaz :
-akk nak start bersenam la pasni..takut..
ahmad zarif :
-hehehe
kakzakie :
-tu la pasal..saya pun naik risau je..hari2 terperap dalam opis.
dhia dirham :
-mekasih.. :)
mazliza abd razak :
-tQ kak.. :)
mas zull :
-w'salam.. info yang penting untuk dikongsi bersama.. :)
iranur :
-erm..mngkin.. hehhee..kena hati2 la camtu.. ;)
siti zulaikha shuib :
-welcome.. :)
pheonix :
-boleh je nyelit selalu..haha
lepas ni kurang2 kan membakar duit tu ye..hihihi
hanafi abdullah :
-yup..betul tu.. =)
didiey :
-hehehe.. lepas ni didiey kena lebih2 menjaga kesihatan.. :)
ct noraishah :
-ha'ah..tak kira tua atau muda boleh kena..