Assalamualaikum buat semua sahabat setia disini..
Salam jumaat semua. Okeh, makin berputar ligat pula idea datang. Jari jemari ni pun sibuk nak menaip. Maka kita layankan aje lah ye. ;)
Tengok tajuk atas tu. Tak menahan dibuatnya. Actually dah 2hari juga kut terfikir pasal entry ni. Cuma slow-slow share kat sini. Ehh, ni kes rindu kat tunang ke apa??? Rindu kat dia pun harus lah juga kan. Tapi ni bukan pasal en.tunang. Rindu kat dia boleh simpan ketat-ketat dalam hati lagi.
Tajuk kat atas tu pasal family. Haaa, korang tak rindu ke kat family kalau tinggal jauh. Tinggal berasingan sebab kerja ke, belajar ke, wajib la rasa rindu tu kan? Betul tak? Beruntung sebenarnya bila semua tu terjadi. Ada hikmah disebaliknya kalau kita menghargai keadaan kita tu.
Ok, sebagai contoh saya sendiri la kan. Tak kan nak cite pasal family orang lain. Sah-sah tak tahu. Macam saya, 2 adik lelaki tak tinggal kat ipoh. Seorang belajar kat melaka, seorang lagi masih rekruit tentera kat Pusasda, Port Dickson. Mula-mula berpisah dengan dorang, serius terasa sangat. Sampai boleh kuar airmata kut. Dasar hati mudah touching kan, macam ni la. Nak-nak saya ni anak first. Biasa la. Walaupun adik dah besar panjang, tetap sayang dorang macam budak-budak. Yela, nama pun adik kan. Cuma sayang tu takde la saya tunjuk mana. hehehe
Macam adik kat melaka tu duduk melaka dari awal tahun 2011 lagi. So, dah terbiasa. So time tu kat umah tinggal la kami 3 beradik + mak abah 5 orang la. So, tak rasa sunyi sangat. Bila awal tahun ni, adik lelaki sorang lagi dapat tentera, maka tinggal 4 beranak je la kat umah. Sunyi je rasa.
6 bulan adik kat pusasda tu, saya perasan something kat dia. Walaupun dia tak bagitahu, tapi saya tetap rasa 1 perkara ni. Rindukan family. Sebelum ni kalau dia pergi mana-mana, balik lewat, kalau saya call or msg, mesti buat sakit jiwa. Takdenya dia nak respon. Tapi bila dia masuk rekruit ni, boleh katakan setiap masa dia nak call. Kadang tu xde benda nak cakap pun. hehe
Macam semalam pun sama. Dia call, tapi masing-masing mati idea, last-last suh mak abah yang cakap. Saya tengok parent pun macam blur. haha.. yela, maunya tak blur, kalau selang 2 hari call kan. Masa mula-mula dia call tu, jangan cakap la, saya sampai nangis dibuatnya. Risau ya amat. Over je kan..hehe padahal adik tu dah umur 23tahun. Yela, dah nama pun adik kan. Sapa tak sayang adik.
Sebenarnya hikmah yang saya dapat dari situ, adik lelaki yang rekruit ni jenis pendiam, bila dia masuk sana, ada je benda dia nak cerita. So, rajin la dia call. Rajin nak berhubung dengan family. Secara tak langsung dapat eratkan silaturrahim kan? Betul tak? Kadang tu dia nak dengar suara je. I think la. Sebab kadang xde bahan sembang. hehee
Setiap kali call mesti cakap suh datang awal time dia passing out. Duduk barisan hadapan. See, betapa excited & rindunya dia pada family kan? :')
Dan saya pun excited nak tengok dia passing out.. Sangat-sangat. Tak sabar nak tengok dia.. :')
nota : rindukan family dapat eratkan silaturrahim sesama keluarga. betul x?
Klu rindukn family mmg boleh gila dibuatnye... Giorgio pn cm2 gak... pkul 12 mlm sanggup drive balik kg. Dr petaling jaya ke tanah merah, kelantan... (^_^)...
ReplyDeleteItu tandanya kite syg sgt kat family kite kn... ?
giorgio izas :
ReplyDelete-memang pun..waaa..sanggup tu.. yup.tu sebabnya kita sanggup berkorban tuk keluarga kan.. =)
Ada adik rupanya.. Hahaha.. Tentera jugak.. <-- Macam ada maksud jer ayat macam tu.. Hahaha..
ReplyDeleteisabel diaz :
ReplyDelete-hahaha..nak try ngorat ke? hihihi
Yeeaap. Sy tak pernah merasa lagi jauh dr family sbb abg and kakak study kat sini jugak. Tp mcm sy je yg akan keluar dr negeri ni utk sambung study. HUHU. Wonder how it's going to be :')
ReplyDeleterindu itu angerah Tuhan... bila berjauhan mmg rindu2an... :-)
ReplyDeletemestilah rindu! nak2 lagi bila adik beradik kita dah kawin.. serius rasa lain sgt.. mcm anis, rpt sgt ngn akak anis.. tp sejak die kawin dh rase lain.. rindu nk gosip2 n lepak2 cm dulu2.. huhuhu
ReplyDeleteowh sentap.huhuhu
ReplyDeleteMemang rindu tapi masing-2 tak pernah nak mengaku,mungkin. Muka sengeh je bila tanya XD Hahaha...
ReplyDeleteizas pun duduk jauh dari family x?
ReplyDeleteRindu sengsara... Nanes je memanjang.. Huhu. Sobs.
ReplyDeleteMemang rindu kalo dok jauh. Tambah kalo kte neh mmg rapat dgn mak abah. Dari kecik sampai beso dok same tentibe kawen kene merantau dok seberang laut. Tak terkata sedihnye. Tambah plak tahun depan tak leh nak balik raya. Harap tunang cik mimie nanti tak kene posting jejauh. Kan..?
ReplyDeleterindu pada family selalu ada, seven dok dekat pun hehe
ReplyDeleterindu memang rindu namun kalau adik beradik dah de kehidupan sendiri memasing...cume bleh doakan kebahagiaan dorang jer...hehehehe...
ReplyDeletesebab tu la alise tak sanggup nak jauh dah ngan mak ayah.. dengan keadaan mak yang sedikit uzur.. xpelah..belom kahwen.. korban cikit ye dak..
ReplyDeletedulu mula2x duk jauh tu mmg rindu kot.tp lpas mak pergi dh mula belajar berdikari..then abah plak..lgla bljar berdikari sbb ahli kuarga yg len dh sibuk sndri......rindu tu mmg ridu...tp apa blh buat :(
ReplyDeleteYa betul, makin rindu makin sayang. tanpa keluarga sapa lah kita di perantauan orang.
ReplyDeleteiskandarX Society
teringat lagu Siti Nurhaliza - PURNAMA MERINDU ( merindu pada yang kasih ).
ReplyDeletemacam saya la dulu sebelum masuk plkn macam jauh je dgn family. tp bila ade kat sana tetiap hari klu blh nk call walaupun takde ape nk ckap kan. hihihi
ReplyDeleteAlhamdulillah... Syukur masih ada lagi keluarga.. hargai mereka sementara di beri kesempatan. Saya dah tak mempunyai peluang itu, hanya doa yang mengiringi mereka..
ReplyDeletevee lea :
ReplyDelete-xpe..anggap je kita nak bercuti ke tmpat baru..mesti rasa seronok kan.. =)
maria firdz :
-yup sis..betul..anugerah terindah.. :)
anis suryanie :
-erm..tu la namanya kehidupan kan.. rindu kenangan bersama.. =)
puanzaniff :
-xmo sentap2..nanti baby pun sentap sama.. =)
nazmin nazifa :
-hehehe..betul2..malu nak ngaku.. ;)
nao mei :
-aloh3.. xmo camtu kak..susah la nti kalau dah kawen..hehe
hana hadi :
-izas mana hana??
sarahhernyzar :
-aloh3..xmo la nangis selalu.. =)
adein kushairi :
-erm..tu la..kita tak merasa lagi.. hope dah kawin nanti jgn la kena posting seberang laut..kalau dalam semenanjung ni gagah lagi nak drive.. hehe
lala mhdnor :
-hehe..kalau dekat bg sy biasa2 je..hehe..biar jauh baru puas rindu tu..
pheonix :
-hehe..betul..sekali sekala jmpa tuk eratkan silaturrahim.. =)
siti alfakhishah aman :
-yup..betul..moga kehidupan alise nanti dipermudahkan, wlpun dah kawen.. :)
ayut :
-insyaAllah ayut..kita semua boleh berdikari..macam ayut, insyaAllah, Allah permudahkan jalan kehidupan ayut..kuatkan hati ye.. :)
muhammad noor firdaus iskandar :
-yup..betul.. =)
kiera'sakura :
-ehehehe..biasa la tu kiera..jnji dapat dgr suara pun jd la kan.. ^_^
mohd fauzli :
-insyaAllah..hargai semampu yang boleh..jika mereka tiada, sedekahkan mereka doa selalu..
lynn munir :
ReplyDelete-waaa, feeling hbis kalau dgr lagu tu..hehe
kak intan memang sedang rindukan keluarga di kg..uwaaaaaaaaa
ReplyDeletea`aa betul tu.
ReplyDeleteingt ciksu , masa arwah adik rekrut tentera kat pd.
arwah siap msg suruh doakan dia.sbb nak jalan jarak jauh. sbb ada yg mneinggal.
lpas arwah meninggal ciksu terjumpa segala kertas yg arwah simpan masa dalam rekrut.siap tercatat masa dan tarikh apa yg dia buat masa di sana.
hnya ALLAH yg tahu perasaan rindu ciksu pada arwah skrg dik.
tak terungkap dgn kata2. pergi kubur hanya dapat tatap 2 batu nisan.selebihnya hnya doa dikirimkan
al-fatihah
intanfirdaus247 :
ReplyDelete-sabar kak..xmo nangis..nanti ada masa msti kak intan blh jmpa family.. =)
qasehnyarania :
-sama la ciksu..masa dia nak masuk hutan pun dia siap bgtahu..bila dia dah kuar pun dia bgthu..tunggu je dia inform..syukur alhmdulillah xde pape..
sebak baca kisah ciksu ni..adik kita pun ada juga minta buku catatan..tp tak tahu la dia catat kje ke sbg diari dia..
al fatihah buat adik ciksu..moga dia tenang disana..
ain ni pantang berjauhan dengan family, mula lah...homesick teramat teruk...
ReplyDelete