Susulan Entry Copy Paste

Thursday, 6 June 2013

Assalamualaikum buat semua sahabat setia disini..

Susulan dari Entry Saya Di Copy Paste Ke??? tu, maaf sangat-sangat saya xreply pun setiap dari komen semua. Sebenarnya terkejut tengok entry tu dapat banyak komen. Dan banyak kes tak puashati macam tu juga. Ok la, meh saya jawab 1-1 ye komen-komen yang ada.

Firstly, saya tak la mara beria-ria sampai tak nak berblog dah. Oh, no.. belum la sampai tahap tu. Buang karen je macam tu. Cuma entry tu saya tulis sebab saya tak nak orang ambik entry saya macam tu saya. Saya taklah sampai nak saman menyaman kan. Entry pun bukan hebat macam blogger retis. Kalau sebut Mimie Najib, bukan semua kenal pun kan. Cuma sekadar peringatan semata-mata.

Serius, memang saya terkejut sangat-sangat tadi. Terus blank. Memang la ada yang kata, maybe orang tu suka ngan entry tu. Untung-untung pageview boleh meningkat. Tapi kalau sumber sebenar tak dinyatakan, macam mana nak tolong naikkan blog kawan tu sama. Tapi kalau minta izin pun, bukan la saya mara. At least kalau orang lain terjumpa entry yang sama, tak la orang cop saya ni yang copy entry orang lain pula. Tak gitu??

Ok, ni saya story secara umum eh. Tak maksudkan sapa-sapa. Bila kita nak menulis, mesti kita kena cari ideakan? Bila cari idea, maknanya kita kena berfikir kan? So, kerana nak mencari idea tu la, saya terpaksa juga buat entry pasal copy paste tu. Sebab nak cari idea bukan senang. Tup tup orang main copy ikut dan je. I don't like it. Ye, saya pun ada juga copy paste. Tu pun kadang artikel dari Yahoo ke, mana-mana la, tapi saya letak sumber dari mana.

Jangan salah paham tau. Saya tak la mara beria-ria pun. Lepas post entry tu, saya tak on pun blog saya. Saya BW macam biasa. Sekali tengok ramai yang komen. Ramai yang cakap entry dorang pun di copy paste. Jangan buat macam tu selalu ye. Orang tak suka. Kalau kita wujudkan blog untuk copy paste, apa faedah yang kita dapat? 

Mungkin kerana harini saya pun berpuasa, so saya xla ambik hati pun pasal tu. Cuma mula-mula tu je terkilan sikit. Saya maafkan sebab tuan blog tersebut minta maaf kan. Saya pula bukan jenis suka mara-mara ni. Cuma ingatan saya je, kalau berminat dengan artikel orang lain, minta izin dulu dari penulisnya. Memang la menulis tu tak kena bayar, tapi kasihan pada si penulis yang bagai nak pecah kepala olah entry tersebut.

*Maaf kalau ada yang terasa hati. Saya ulaskan entry ni secara umum. Agak-agak saya tulis ni ada tak yang nak copy paste?? ;)






nota : jangan la sampai kena cop 'blogger copy paste'.. 


10 comments

  1. ehehe.

    betul tu.agak2 ada yg nk copy paste apa yg mimiey tlis ni ke??

    ReplyDelete
  2. betul tue kak mimie,,bukan mrh kn,,,just nk advice blogger tersebut. .

    ReplyDelete
  3. copy paste.. x best mana sebenarnya sbb bukan idea sndiri.. xde kepuasan menulis dan berblog jika selalu copy paste...

    Selamat berbuka.. hikmah berpuasa, jadi penyabar... :)

    ReplyDelete
  4. kalau copy paste pun sekurang2nya mention nama kita or letak link blog kita kan kan

    ReplyDelete
  5. selamat berbuka kak mimi :) sbr lah kak . . lgpun tuan blog tue dh mnx maafkan . .

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, puasa akak harinie.. :')

    ReplyDelete
  7. selalunya ciksu suka kopi pes yg ada pengajaran utk direnung bersama .itu aja. tapi lebih manis entry tu hasil nukilan kita asendiri. baru puas hati :)

    ReplyDelete
  8. Be cool.. Hihi.. Anggap jer entry tu berkualiti tinggi kak..

    ReplyDelete