Assalamualaikum
teman-teman setia cinta itu indah.
Kejap
je bertemu balik dengan 07.07.2013. Setahun dah berlalu. Kejapnya masa tu
berlari. Kenapa dengan tarikh 07.07.2013?
Oh,
ada la sikit kisahnya. Kalau ikutkan, 07.07.2012 tarikh saya nikah. Dan sekarang
saya dah tempuh 07.07.2013. So, setahun dah berlalu. Kalau laaaa dah nikah
tahun lepas, ni bermakna harini anniversary yang pertama buat saya. J
Eh,
jangan la baca entry saya dengan gaya sedih eh. Saya ok je. Siap boleh
senyum-senyum lagi. Jangan la nanti komen touching-touching. Hehehehe
Macam-macam
kisahnya. So harini saya huraikanlah sedikit hikmah disebalik apa yang berlaku
ye. Disebalik saya kena postpone
majlis nikah saya.
Eheemm…
Saya
kan dapat tahu en.tunang nak ke lubnan bulan 3, 2012. Time tu adik dia bagitahu. Hebat. Dapat tahu dari orang lain.
Jangan ditanya la macam mana tersentaknya perasaan masa tu. Rasa macam nak
tercabut jantung. Tak terduga pula saya yang dia akan bertugas disana.
Bila
adik en.tunang nak buat pengesahan, saya memang tak diberitahu lagi oleh
en.tunang masa tu. Lambat dia nak inform. Tu pun jenuh saya mesej. Airmata time
tu jangan ditanya la.. Hehehe.. Konfius antara nak keluar ke tak. :p
Jangan
ingat mudah saya nak terima kenyataan tau. Sebulan saya cuba slow-slow ambik
waktu. Time nak tido je mesti tiba-tiba airmata jatuh. Time tu siap cakap call
sambil nangis-nangis lagi. Saya selalu sembunyikan perasaan tu. Tapi bila dah
teruji macam tu, memang saya nangis kaw-kaw ngan dia.. hehehehe..
Masa
en.tunang bagitahu dia nak ke sana tu, seminggu sebelum dia masuk latihan untuk
bertugas kat sana. Dia latihan bulan 3 sampai hujung bulan 6, 2012.
01
julai 2012 dia dah habis. 01 julai kut dia turun ipoh. Seminggu kami dapat
habiskan masa bermasa.
Bukanlah
seminggu kat ipoh. 02 julai tu kitorng ke Cameron. Balik hari je. Pergi
berempat, dengan adik sekali. Pastu 03hb saya kerja halfday. Nak settlekan
mana-mana yang penting sebelum nak bercuti. 04 julai gerak ke Melaka. Umah
en.tunang sebab nanti dia nak buat kenduri doa selamat.
Seminggu kitorng luangkan masa tu, banyak hikmahnya yang saya terima. Macam-macam.
Syukur dipermudahkan semuanya. Paling best 2kali saya dapat teman en.tunang ke
Kem dia tuk ambik barang. Jakun sekejap la kut time tu.. Hehehe..
Maklumlah,
dah sekian lama tak masuk Kem lepas abah pencen.
Oooppss,
lupa pula. Bulan 4 tu adik lelaki saya konvo. Syukur sangat dapat tengok dia
konvo. Kami dapat pergi 1 Family!.. Tu yang sentiasa diinginkan macam
family-family lain.
Bulan
5 sampai 7 xde apa-apa yang special sangat tu. Pastu secara randomlah hikmahnya
semasa en.tunang dah bertugas di Lebanon tu la ye.
1
perkara baru kami dapat buat. Kalau ikutkan kitorng mana ada nak bervideo call
semua ni kalau dia dekat m’sia. Nak angkat saya call pun kadang tak sempat. So
bila dia dekat sana, kami sentiasa berhubung. Kat sana beza waktu 5jam ke
belakang.
Kalau
kat sini pukul 10pagi, dekat sana pukul 5 pagi.
Dan
yang bestnya sepanjang en.tunang kat sana sampai ke harini, kitorng akan
sentiasa menunggu. Sentiasa mengadap depan laptop. Hehehehe
Hari-hari
rindu weeyyy.. Ingat semua orang ke boleh rasa rindu macam kami ni. Rindunya lain macam tau. Haaipp, bukan lain macam buat benda pelik-pelik ye. Tapi rindu
tu kuaaaaaaaaaaaat sangat-sangat. Hari-hari nak dengar suara. Hari-hari nak
tatap muka. Hari-hari en.tunang puji saya comel. Ehhh, perlu ke??? Hahahaha :p
*jangan
jeles tau* :p
Pastu
kami kerap bincang pasal perkara-perkara penting. Yela, dia balik sini kami kan
bakal disatukan. Jadi tak boleh nak sambil lewa dah. Kang tak kawin ko. Tunggu
la orang lain dok turun naik pelamin.
Pastu
hikmahnya lagi pada bulan puasa haritu saya dapat berpuasa dengan title tunangan orang. Ehh, perlu ke nak
bagitahu? :p
Yela,
title yang berharga ni tau. Tak semua
orang dapat rasa. Means tunang & kawin dalam masa terdekat sebelum puasa
tak merasa la kan.
Then
bila raya,raya first saya beraya ke rumah bakal mother in-law. Walaweh, dah
ada bakal mak mertua time tu. Macam tak caya je tau. Memang tak percaya. Pastu
pula abang pada en.tunang tak dapat balik beraya di kampong wife dia. Jadi raya
tu dapat jumpa anak-anak sedara en.tunang. J
Ok,
bersambung balik ye. Hikmahnya lagi adik lelaki saya yang ke-2 pula konvo bulan November 2012. Eh, hikmah juga tu. Sebab kami dapat pergi lagi sekali 1 Family!
Sanggup ambik cuti. Then buat pertama kalinya juga saya dapat jejak kaki ke PICC. Orang lain dah ke sana banyak kali, saya baru merasa pergi. Jadilah kan
walaupun sekali. Hehehe
Syukur
dapat tengok adik konvo. Bangga kejap time tu. Ye, saya tak sambung belajar.
Memang takde istilah konvo la untuk saya. Kecuali laaa kalau rajin nak ber’PJJ!
Hehehe
Okay, masuk bulan Disember pula berpeluang lagi dapat join Family Day tempat abah kerja kat pangkor. Best. Dah kawin nanti xde dah nak berfamily day macam tu.
Masuk bulan 1, adik saya berpeluang untuk masuk tentera. Impian saya nak tengok adik bertugas dalam pasukan tentera. :)
Akhirnya terlaksana juga.
Bulan Februari 2013 pula en.tunang balik bercuti kat Malaysia. Tak caya okeh. setelah berbulan tak jumpa, sekali dia balik memang macam first time kenal. kekok!.
Seminggu juga en.tunang dapat luangkan masa bersama. Sempat la kami berjalan ke Lost World Of Tambun, Bandar Hilir Melaka buat persiapan untuk tempah pelamin dengan makcik. Then macam-macam lagi.
Bulan March haritu sempat tengok cousin bersanding. Cousin sebaya dengan saya. Sempat juga tengok kawan baik bersanding juga. Eh, banyak sebenarnya perkara yang indah berlaku dalam hidup ni tau.
Bulan 5 haritu pun sempat tengok cousin bersanding lagi. Paling hebat drive sorang, tapi berteman la dari ipoh sampai johor. Tawakal sungguh time tu. Dan dari situ sebenarnya memberi saya kekuatan.
Then merasa lagi untuk urusan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-5. Tahun depan tak tahu la merasa lagi ke tak.
Masuk bulan 6, perkara paling best bila dapat tengok adik dah berjaya menjalani latihan tentera 6bulan. Passing Out!!.. Macam tak percaya. Banyak hikmah sebenarnya. Sangat banyak. Bak kata orang, kalau kita bersabar, insyaAllah Allah akan beri yang terbaik buat kita kan?? Betul tak?
Even saya dan en.tunang kena postpone, kena berjauhan, Allah beri hikmah yang sangat besar untuk saya bersama dengan family. Bukan la takde perkara yang tak best yang berlaku dalam hidup. Ada. Cuma bila Allah beri sedikit kegembiran dihati kita, segala rasa perit dihati kita akan hilang begitu je.
So, kalau ada siapa-siapa yang diuji macam saya, jangan terus menerus putus asa. Ye, memang sakit nak tempuh semuanya. Tapi percayalah, Allah tak kan uji kita tanpa sebuah kebahagiaan pada hari akan datang..
Amin. :)
Wuu..sedih la mimie baca ceta mimie..bertabahlah..Sya aritu pun hampir2 putus asa dgn jarak yg pisahkan kami..tiap2 hari berwebcam je..huhu..jadi sya phm apa yg mimie rasakan..cewah..hehe..lgpun cik abg kita ni sama2 si bju hijau kan?:D
ReplyDeleteEm, saya tak dapat bayangkan kalau sy berada si situasi mcm akak..berat dugaan tu.. Smoga satu hari nanti akak & dia disatukan & kekal hingga ke syurga...
ReplyDeleteJeles niee jeless nieee.!! >,<
ReplyDeleteHahhaa
Itu laa tandanya akak eiqaa nie tabah menghadapi ujian hidupp.. :)
Akak dulu pun sama mcm mimie. Dah title isteri org. Tiba2 lepas kawin berjauhan sbb keja. Fuh! Tiap kali call asyik nangis je. Kana gak baru blh terima kenyataan. Tapi skrg xblh bjauhan dah. Hehe...
ReplyDeletemacam best jee.. :)
ReplyDeleteamin...semoga semuanya berjalan lancar...setiap dugaan pasti ada hikmahnya...kita hanya merancang...tapi Allah menetukan segalanya...sebaik-baik perancangan adalah dari Allah...hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita...semoga Mimie tabah hadapi semua ini...peringatan untuk shaila juga...^^
ReplyDeletepanjang ceritanya..semoga smuanya berjalan lancar...aamiin
ReplyDeleteadrianna syaz :
ReplyDelete-hehe.yup..sama bdang tugas cik abg kita ye..hehe..alhamdulillah..sekarang dah ok..xde sedih2 maca, dulu..cuma perasaan rindu tu sangat3 kuat.. =)
teena tna :
-amin..mudah2an teena..kalau tiba2 nasib teena macam ni, jgn putus asa tau.. =)
eiqa almond :
-erk? jeles apa dik ooiit..?? haha
alhamdulillah..eiqa pun boleh sebenarnya.. =)
fizalinolie :
-hehe..susahkan kak kalau mula2 terjadi tu..rasa macam putus hrapan je nak teruskan hidup.. ;)
miza lee :
-apa yang best? nak rasa ke? hehe
shazilla @ shaila :
-amin..yup..betul tu shaila..hope shaila juga..semua mampu nak hdapi.. =)
normi nieza :
-hehe..cerita untuk setahun..hihihi
amin..
syukur hubungan jarak jauh akak and en tunang goes smoothly ^^
ReplyDeleteKita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pastinya ada himah yang tersembunyaikan mimie..semoga dipermudahkan..
ReplyDeletejika sudah tidak dapat dielak, terpaksa lah postpone,
ReplyDeletemama doakan semuanya akan berjalan dengan lancar.. dun wori, cinta en tunang hanya padamu.. hihi
Bunda_nora
8 July 2013 at 14:51assalamualaikum,salam kenal dari bunda...
ReplyDeletemengenang kembali segala ujian dari MAHA PENCIPTA..bile difikirkan kembali segala hikmah yang kite dapat adalah sesuatu perasaan yang sukar digambarkan cume perkataan syukur kepadaNYA...kite x tau aper yg berlaku mase depan...semoga kata-kata semangat untuk orang lain dijadikan ikutan...heheheh..
ReplyDeleteInshaAllah kalau dah jodoh tak kemana.. :)
ReplyDeleteKalau jodoh tak ke mana... Moga bhgia hgga ke jinjang pelamin... Mujur dia g waktu tunang..klu lpas khwin lagi merana..rindu bantal peluk nnt... Hahaha
ReplyDeletekalau dh mmg jodoh jauh macam mana pun still bersatu jugak.. aminnn
ReplyDeleteSabarlah sis
ReplyDelete