Kesihatan : Bendi Tingkatkan Kecergasan Otak

Sunday, 25 August 2013

assalamualaikum & salam sejahtera.

Sayur bendi tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Malaysia. Selain dimakan mentah sebagai ulam, ia juga biasa dicampurkan dalam masakan seperti asam pedas, kari atau masak lemak. Tidak lupa, ia biasa dimasak sebagai sayur goreng.

Di samping rasanya yang enak, ramai yang tidak tahu bendi sejenis sayur yang amat kaya dengan khasiat dan kaya dengan kandungan kalsium, protien, serat, garam galian serta vitamin B.

Menerusi kajian, bendi juga dikaitkan sebagai sayur yang baik untuk perkembangan otak yang boleh menambah daya ingatan dan kecergasan minda.

Pada zaman dulu, wanita mengandung mengamalkan memakan bendi sebagai sajian harian. Air rebusan biji, akar dan bunga bendi dijadikan minuman untuk memudahkan proses melahirkan anak.

Bendi juga sesuai disapu pada bahagian kudis dan bisul manakala air rebusan yang dicampur dengan gula membantu merawat batuk serta sakit kerongkong.


sumber gambar : google





sumber maklumat : harian metro 29 julai 2013


27 comments

  1. wah..perkongsian yang berguna..yaya pernah gak dengar khasiat tentang bendi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih yaya..mana yang boleh dikongsi, akk kngsi disini.. :)

      Delete
  2. jemput join giveaway fiqa :)

    2x hp case
    5x sheisido mask
    1x long sleeve top/pyjamas
    1x koleksi baju
    1x feminine wash jamu seri dewi malam
    2x topup RM5
    2x beauty set
    1x kain pasang sutera vietnam 2 tone
    1x kemeja

    16 hadiah untuk dimenangi!!

    Duo Mega Giveaway by Fiqa Nsz & Adam Faiz

    ReplyDelete
  3. saya memang sangat suka makan bendi,buat ulam pun sedap sangat!
    tapi ada jugak yang tak suka makan bendi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. tak semua orang suka sebab ada lendir2 tu..

      Delete
  4. sy pon suke makan bendi...baru tau...nak resepi bujang x??
    1)amik bendi,buat dua bekas
    1 bekas letak putih telor
    1bekas lagi tepung gandum+tepung beras
    garam secukup rase...
    golek bendi dalam bekas telor,dah sekata boh dalam bekas tepung tadi...bendi dibaluti tepung,pastu goreng....siap!!!yang x minat bendi pon buleh minat...heheheh....selamat mencube!!!!kih...kih...kih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa..siap bg resepi ni..
      rasa apa eh?
      rangup2 ke??

      Delete
  5. Sya tak suke sgt makan bendi.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka, tp kena juga sekali sekala makan tau.. :)

      Delete
  6. woaaa nice. tapi nad x makan bendi huhu

    ReplyDelete
  7. i loikeee bendi .!! :D
    tp bila campak dalam asam pedas aje lee, ehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..akk mkan pun kadang2 je..ikut mood.. ;)

      Delete
  8. owhh..baru tahu..
    sedap goreng nih..:D

    ReplyDelete
  9. Mmg sedap tpi yg de resdung mmg x galakkn mkn nnt mkin teruk.. Huhu... Dh lma x mkn bendi..

    ReplyDelete
  10. Dulu tak suka sekarang saya ok dah dengan sayur nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena makan sayur juga tau..sebagai pelawas.. :)

      Delete
  11. Akak mmg suka makan bendi..sedap tambah2 kalau makan dgn nasi kandaq..;)

    ReplyDelete
  12. saya makan ikut mood..hehe
    kdng lendir tu yang tak suka kan..
    sy kalau mkan, lndir tu bnyk, rasa nak terbelahak je..haha

    ReplyDelete
  13. dah lama tak makan bendi....hehe

    ReplyDelete