Assalamualaikum..
hai..
Dalam
kehidupan kita ni, berniaga la peluang perniagaan yang paling besarkan? Tak
kiralah kita berniaga apa pun. Barangan mahupun makanan. Apa yang saya perasan,
orang yang berniaga makanan ni kadang-kadang macam tak ikhlas je.
Contohnya
niaga kuih. Bukanlah saya kata saya ni terror buat kuih. Tak ye. Pandai makan
je boleh la. Kalau nak buat kuih tu kena la belajar dari bawah. Belum pro lagi.
Tapi setakat sejenis 2 yang senang-senang tu lepas la lagi. Tu pun kalau ada
masa mengizinkan.
Ada
1 hari ni, disebabkan nak sangat makan popia, tapi tak sempat nak buat.
Sebabnya Zahra meragam, nak suh merap dengan dia je. So nak tak nak, terpaksa
la layankan perangainya tu yang serba tak kena. Last-last ajak la suami keluar
cari kuih. Tapi hampa la pula.. kat sini payah nak jumpa orang jual kuih. Kalau
ada pun boleh dikira la bape tempat je.
Pergi
tempat yang pernah saya pergi dulu masa puasa, kuih kat situ dah habis. Padahal
baru pukul 5 lebih. Cepat pula habisnya. Last-last pusing la entah mana-mana
tempat nak cari pisang goreng kut la terjumpa. Tapi tak jumpa juga. Last-last
balik la dengan hampa. Stress okeh.
Esoknya
nekad buat sendiri. Alhamdulillah. Terlaksana juga niat nak buat kuih tu. Buat
inti kuih popia tu malam. Pastu sejukkan dan simpan peti. Esoknya tinggal
gulung bila time Zahra tido. Apa yang saya nak tekan kan kat sini, kenapa eh
payah sesangat nak jumpa orang yang niaga kuih ni niaga dengan penuh ikhlas?
Suami saya suka sangat dengan popia yang salut cili tu.
Apa
yang saya perasan bila dia beli kuih tu luarnya bukan kemain cantik. Elok je. Rasa
kalau dah tengok tu nak borong semuaaaaa.. Tapi bila kita makan, Allah.. saya
paling pelik dengan inti dalam tu. Nak buat inti popia tu bukan susah pun. Kalau
tak reti buat meh saya ajar. Selalu intinya tu tang taugeh, taugeh hitam, pastu
dah kering. Dah kenapa cenggitu rupa taugehnya makcik..
Taugeh
bukan mahal pun. Beli 50sen pun dah dapat banyak. Dah la taugeh hitam hangit. Pastu
isi inti tu sudi tak sudi je. Saya peratiiiiiiiiiiiiiiii je.. selalu suami beli
mesti dapat camtu.. tengok luar memang tergoda la.. pastu pisang goreng. Naik meroyan
cari pisang goreng kat gemas ni. sapa kat sini orang gomeh???? Kat mana nak
beli pisang goreng.. haha.. iklan pisang goreng sampai ke blog.
Last-last
kempunan saya nak makan pisang goreng terlaksana kat umah abang ipar kat Melaka.
Jauh giler sampai ke Melaka baru dapat. Nasib bukan ngidam. Haritu masa
ngandung pun ngidam. Nasib la balik ipoh mak cari pisang. Dapat juga makan. Haritu
suami beli pisang goreng pun orang niaga macam tak ikhlas. Ni cakap jujur la
ye. Tak payah nak selindung-selindung. 1 biji pisang kerat 4. Pastu jual
5potong 2 hengget. Giler hape.
Kut
ye pun agak-agak la kan. Kedekut macam hape. Pastu kita yang nengok ni pun rasa
takde selera nak makan. Dah tu rupa pun semacam je. Pastu keropok leko. Suami belikan
la sikit sebab tak dapat pisang goreng. Mula-mula confius juga bila tengok. Mana
kopok leko nya. Sekali tengok kopok lekonya bersalut tepung. Mak aihhhhhhh…
kopok leko fesyen baru ke ni?? bila dah salut tepung, masak tang tepung sikit
je. Belah dalam macam tak masak.
Pastu
bila makan time dah sejuk, rasa ntah hape-hape. Tak sedap la jadinya kan. Kadang
saya fikir sedalam-dalamnya. Kenapa ya orang niaga ni nak kaut untung
SEMATA-MATA?? Kenapa tak buat seikhlas hati sambil bersedekah?? Kalau kita tak
kedekut, berniaga kuih tu ada rupa kuih, kan nanti orang akan kerap beli dengan
kita. Tang mana kita akan rugi kalau orang akan beli dengan kita?
Betul
tak?? Moga moga 1 hari nanti saya ada buat pape bisnes, harap dapatlah
berbisnes dengan seikhlas hati sambil bersedekah. Moga-moga rezeki kita akan
sentiasa bertambah. Amin..
Sekadar
luahan hati orang yang suka makan kuih… kekekekekeke.. :-P
biasalah tu mimi..shaila pun selalu terkena dengan perniaga mcm nie...sabar sajalah...haishhhh
ReplyDeletebiasalah kak, orang meniaga sekarang sibuk kira untung, hati nurani yang berniaga tu dah tak ada, lagi2 karpap, karipap je besar, isi dalam angin je, sedih kadang2, kesian kat org je yang membeli.
ReplyDeleteSue pernah makan isi popia yg dah basi.. Luaran je nampak cantik. Satu lg cekodok pisang. Rasa tepung je x rasa pisang langsung..
ReplyDeleteSebagai peniaga banyak kena jaga. Kena jaga hati pelanggan baru perniagaan boleh majukan.
ReplyDeleteBetul tu mimie..mmg ada yg mcm tu...tp kat tempat cik mah slalu beli ni okey sngt. Sedap n berpatutan..
ReplyDeleteBila macam tu, rasa baik buat sendiri dari membeli..tapi kdg tu kita beli sebab kita sibuk..lgpun nak bg rezeki kat diorg yg meniaga kan? Tapi xsemua macam tu .ada yg jujur
ReplyDeletebiasalah .. orang nak pk untung .. macam2 kena pikir gamaknya .. sebab tu lebih suka buat sendiri even tak sesedap yang beli .. puas hati ..kenyang pon kenyang ..
ReplyDeleteselalunya ciksu akan beli kuih yg agak renyah nk dibuat.sebab mcm mimie kata la. ciksu perati je .hahaha..
ReplyDeletedr beli sakit hati baik nengok j dulu..