Dapat 2 Orang Kakak
Assalamualaikum readers..
Harini rasa nak share pengalaman 12hari lebih kurang semasa di hospital. Dari admit ward sehingga ke saat keluar hospital selepas operation.
Selama 12hari disana, macam macam la sebenarnya yang berlaku. 12hari, bukan satu jangka masa yang pendek. Bagi kita 12hari berumah di HSI tu lama. Harini kita share la pengalaman kita ye. Ada banyak pengalaman sebenarnya. So kita buat by part eh. Jangan cemuih baca ye. Hehe..
Masa masuk ward, kita ditempatkan di katil 9. Disitu ditempatkan 4katil. Kedudukannya disebelah kanan dari arah pintu masuk. 3katil yang lain adalah lelaki. Ward 8B kita ditempatkan. Ward ni bercampur lelaki perempuan ya. Suami tanya, duduk katil ni, sebelahnya lelaki ke?
Then nurse bagitahu, "kejap lagi ada kosong kita tukar katil ya"..
Okay lega. Sebab agak terkejut sebab bercampur lelaki perempuan kan. Agak kurang selesa sikit la. Dan masa lepas ddy dorang dah hantar, dah selesai tu ddy dorang balik dengan anak anak. Masa tu mereka semua menumpang di rumah kawan kitorang yang berpindah ke JB tu.
Bila dah keboringan, layan main fon la. Dan masa tu disapa oleh seorang abang ni. Sebenarnya segan juga nak bersembang dengan dia. Tapi layankan juga la. Erm.. Apa yang disembangkan? Nanti kita share kat entri lain eh. Dalam part 2 la.
Sebelah petang, tiba tiba nurse bagitahu nak tukar tempat. Pindah ke katil lain. Duduk ke belah belakang. Tak silap katil 20. Kita ikut je. Lepas tukar katil, terus ke toilet. Lepas keluar toilet, tengok tengok dapat kawan. Katil sebelah ada orang. Kak Rahimah nama nya. Kak Rahimah sakit naik bengkak kalenjar. Dia bernanah macam tu. Lebih kurang macam sakit kita juga. Cuma kita ni tahap serius la sikit. Perlukan operation besar.
Kak Rahimah cerita dia kena sakit bengkak tu sebab 3minggu demam. Then naik membesar tu dalam tempoh sebulan. Dan rajin juga la kami bersembang walaupun baru kenal. Then kak Rahimah bagitahu kalau takde kes, mungkin dia akan dioperate. Kiranya kami admit ward pada hari yang sama.
Hari rabu esoknya, kita pergi buat MRI. Kak Rahimah pula bakal dipanggil untuk operation. Kita selesai MRI tengok kak Rahimah takde. Dalam pukul 6setengah petang macam tu kak Rahimah selesai ke ward. Syukur dalam takut takut dia, dia selesai buat operation. Kita pula masa tu ingatkan boleh balik. Sekali mereka tahan untuk buat CT Scan 1 badan. Maka, masih boleh bersembang lagi la dengan kak Rahimah. Masih berkawan la dengannya.
Hari khamis kalau tak silap, nurse bagitahu nak tolak masuk ke bilik pula. Bilik tu beraircond. Satu bilik boleh muat 4orang. Kira dalam bilik tu semua perempuan. Kak Rahimah pun bertukar katil juga. Join duduk dalam bilik tu.
Then esoknya hari jumaat, kalau tak silap masuk sorang lagi pesakit. Kak Fauziah namanya. Dia nak buat operation juga. Nak tutup lubang di gegendang telinganya. Kami bertiga berkawan la dalam bilik tu. Sorang lagi pesakit aunty cina. Tegur pun biasa biasa je.
Kak Fauziah akan buat operation pada hari sabtu. Kami bertiga jadi rapat bila duduk dalam 1bilik. Bersembang bersama. Kita dapat 2 orang kakak yang baik. Kita bertukar cerita. Cuba ceriakan suasana. Hilangkan ketakutan. Share apa je cerita yang boleh disembangkan. Dah macam jadi satu family. Walaupun baru kenal.
Hari Sabtu kalau tak silap, kak Rahimah dah boleh discharge. Sedih juga. Sebab dah beberapa hari dengan dia. Bersembang. Tanya keadaan Dia bila bangun tido ke.. Saling bertegur. Ntah kenapa rasa senang sangat berkawan dengan kak rahimah ni. Dia bahu tempat kita meluah perasaan. Hari kak Rahimah nak balik, kami berpelukan. Sama sama menangis. Rasa macam taknak kak Rahimah balik dulu.
Ada 1 hari tu, lepas kita buat Ct Scan kalau tak silap, kita luah perasaan dekat kak Rahimah. Kita cuba tahan perasaan taknak menangis. Ntah macam mana, kak Rahimah pun ikut menangis. Allah.. Susah nak jumpa kawan yang boleh sama sama faham perasaan ni. 😢
Kak Rahimah la kawan kita banyak mengadu masa tu. Menangis dengan dia. Bergelak dengan dia. Kak Fauziah pun kita rapat juga. Lagi lagi bila kak Rahimah dah balik.
Kalau tak silap, kak Fauziah balik hari ahad. Sebab kita masuk operation hari ahad jam 10 lebih tu kak Fauziah still ada lagi dia ward. Bila kita sedar dari Operation, kita memang tak tahu apa. Sebab kita dah bertukar katil. Katil yang menghadap depan kaunter nurse.
Cerita dari kak Fauziah masa kami berjumpa pada hari ahad, 27hb januari. Seminggu lepas operation.
"Akak balik hari ahad, hari mimi operation. Ntah macam mana malam tu akak dah tidur, tiba-tiba terjaga. Terus teringatkan mimi. Tapi akak tak tahu nak tanya keadaan mimi macam mana masa tu"..
Allah.. Sebak dengar.. Kakak yang kita baru kenal, dok teringatkan keadaan kita. Allah bagi kita kakak yang baik untuk kita berkawan.. Sungguh, tak semua orang akan rasa macam tu kan..
Hari ahad 27hb januari, dalam perjalanan balik ke Mersing kita Msg dengan Kak Rahimah pula.. Bagitahu dah keluar ward. Then dalam sembang-sembang tu dia pun cerita asik teringatkan kita.
Apa pun, moga tali persahabatan kita dengan kak Rahimah dan Kak Fauziah akan kekal sampai bila bila.. Itulah antara pengalaman bila dah duduk di ward dalam jangka masa yang lama.
Lupa pula nak bergambar dengan mereka.. Moga satu hari nanti kami dapat berjumpa kembali.
In shaa Allah..
inshaallah
ReplyDeleteMesti mini seorg yg peramah dan mudah mesra kan? Sampai teringat ingat kak rahimah n fauziah tue.. Moga mimi diberi kesembuhan segera ya. Insya Allah
ReplyDeleteMcm pelik je wad campur ni. Tak pernah tau pun. Kita xleh bayang kena duk hospital huhu. Masa bersalin sanggup kumpul duit nak bersalin private sbb nak husband teman tido malam wuwuu masa tu first time duk hospital
ReplyDeleteChris_Sella
11 February 2019 at 12:47semoga cepat sembuh ya. Kalau duduk dalam hospital sehari rasa macam setahun. nasib baik ada teman untuk berbual.
ReplyDeleteaduhai. so nice la sharing mimi ni.
ReplyDeletedlm pada sakit, Allah anugerahkan sahabat.
bertambah sahabat yg mendoakan kita, kan. sweet nyer life ni kan.
InshaAllah. semoga silaturrahim kekal terjalin. Pengalaman sangat berharga bila Allah tarik nikmat sihat.. yang pasti tanda Allah sayang nak hapuskan dosa2.
ReplyDeleteKadang kadang kan bila kita berjaya atasi sesuatu...kadang2 bukan dari doa yang allah makbulkan tapi doa orang sekeliling. Untung kalau dapat kawan macam tu. Moga semuanya cepat sembuh!....
ReplyDelete***bukan dari doa kita yang allah makbulkan
ReplyDeleteSama macam kat IJN dan beberapa hospital lain..bercampur lelaki dan perempuan tp bukan sebelah2 la..IJN sebelah menyebelah..untung mimi dapat kakak yang baik..semoga ikatan persahabatan kekal sampai bila- bila..
ReplyDeleteWho would have thought that you can actually get to know people from different backgrounds while you are in a hospital right? May you recover asap.
ReplyDeleteYa Allah sembuhkan dan juga sihatkan sahabat blogger kita moga mereka terus dapat menikmati hidup dengan gembira dan bahagia. Nikmat sihat itu adalah satu yang tiada gantinya... Ingat sihat sebelum sakit kan...
ReplyDeletekita baca pun seronok pulak pengalaman dok spital bila dapat orang yang baik baik kan. dahlah duduk spital 12 hari yer.. lama betul tu. rezeki dapat orang yag baik.. dapat yg kepala angin jenuh...
ReplyDeleteMmg seram sejuk kalo nk igt pasla opreration ni...hanya yg mengalami je tau...ssmoga sis tabah....pertemuan yg x disangka...adakala kita xpernah terfikir punya sahabslat "itu"...tp allah temukan atas hikmahnya...
ReplyDeleteSeronok jumpa orang baik2 ni. Boleh jadi sahabat. Insyaallah kalau sering tanya khabar tali persahabatan tu takkan putus
ReplyDeleteBeruntung dapat kawan dalam satu wad yang baik. Tak lah bosan kita bila sendirian, moga persahabatan berkekalan hendaknya
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok bila dapat kawan baru yang baik macam ni. Itu la, bila sama sama duduk wad ni, bila dah keluar, teringat ingat kan
ReplyDeleteSedih pulak kita baca. Berkenalan dgn stranger yg sangat baik dlm keadaan yg x disangka. Bagus ada org mcm nie, dia boleh beri kita semangat utk terus lawan n berjuang. Speedy recovery ya
ReplyDelete12 hari di wad? lama tu..alhamdulillah dapat jumpa orang2 yg best. Tu pun antara hikmah dan nikmat yg Allah bagi kan
ReplyDeleteMoga kesihatan semakin bertambah baik ye. Dan syukur dimurahkan rezki dapat berjumpa rakan-rakan yang baik kan. Speedy recovery ye.
ReplyDeleteKawan dimana-mana sahaja tak kira masa dan lokasikan. Semoga kalian semua sihat sejahtera dan pertalian sahabat kekal hingga selamanya ya.
ReplyDeletekadang-kadang tak sangka kan, Allah turun kan kita kawan yang faham dengan keadaan dan situasi. yang first time borak, dah boleh jadi geng.
ReplyDeletesebak kita baca...bergenang air mata..walau duduk sekejap aje kat wad, persahabatan yang terjalin tu sangat kuat macam isi dengan kuku...
ReplyDelete