Not paid review.
Hai readers..
Haaaa, dah habis cuti ni macam mana? Lemau ke tu nak start kerja esok?
Kalau belah selatan ni, hari ahad dah start sekolah.. So, cikgu cikgu dah start bekerja la harini..
Macam mana dengan cuti korang.. Berjalan ke mana je tu.. Ke duduk rumah je. Hehe
Macam kita ni, takde feel cuti sekolah sangat. Sebab zara pun dicutikan dulu sebab mama dia punya urusan tak selesai lagi kan. Tunggu lepas raya la dia naik sekolah balik.
Tapi hari jumaat (29.03.2019) kami suami isteri balik Melaka. Rumah my MIL. Sebab adik ipar nak buat kenduri Aqiqah puteri bongsu dorang..
So ddy zara zhareef ni biasa la. Kalau dapat peluang balik Melaka, mesti nak keluar berjalan kat mall sekejap. Macam Aeon ke.. Tesco ke..
Hari sabtu lepas zohor macam tu, dah lepas kenduri, ddy dorang ajak keluar. Kita pulak pun sebenarnya memang nak cari kasut dan selipar pakai harian. Selipar hat ada tu macam okay je lagi. Cuma masa duk hospital haritu dok belasah pakai, pastu asik kena air je, so risau lekang je la. Tapi memang ada yang dah terkopik pun kulit lapik dia.
Dan kita ni pula dah terbiasa, nak cari kasut, mesti nak cari BATA. Bukan sebab brand dia tu, tapi keserasian bila pakai tu. Ikut nasib kadang tu memang sampai lunyai pakai. Kira tahan lama juga la. Ada satu sandal selipar ni, beli masa tu awal kahwin kot, pastu sampai zara umur berapa ntah baru tukar lain. Sebab dia macam dah mengembang. Tuk pakai harian.
So sekarang ni beli kat BATA sebab keyakinan kualiti juga la. Itu pun ikut nasib juga sebenarnya.
Orang kata, kalau kita dapat apa yang kita nak, kira tu langkah kanan kan..
Kita kan niat nak cari kasut sandal.. Untuk pakai masa pergi rawatan Radioterapi nanti. Pastu nak cari sandal/selipar untuk pakai harian juga. Memang kalau boleh nak cari harga yang mampu milik je la. Tak perlu memahal. Janji selesa dikaki.
Sebab kadang kat BATA ni harga pun boleh tahan. Mampu tengok je. Haha! 😅
Sekali tengok ada OFFER!
Sepasang Rm59.90
Kalau ambil 2pasang kasut dari tempat yang sama Rm79.00
So berbaloi sangat la ambil 2pasang terus kan.
Kira 1pasang kasut jatuh harga Rm39.50 je. Kebetulan kita pun memang nak beli 2pasang.
Allah.. Dipermudahkan sangat urusan.
Jimat juga la duit sikit, sebab nak kena beli keperluan lain juga nanti.
Bila tanya ada OFFER ni sebab nak habiskan stok ke, then pekerja tu kata "ya"..
Sebab nak masuk stok baru. Ni kita beli kat Aeon Ayer Keroh. Kita tak sure OFFER tu sampai bila.
So kalau korang jenis suka beli kat BATA, boleh la tengok tengok. Kot boleh sambar kasut tuk raya ke. Hehe
Syukur sangat sebab kasut yang dipilih tu ada stok. Selalu bila berkenan je stok habis. Tinggal display. Apa pun, Allah sungguh permudahkan urusan..
Siap daftar jadi ahli terus. Lagi lagi my birthday bulan 4 ni. Hehe..
So, time tu kalau dapat voucher, boleh terus belikan kasut untuk anak anak pulak. 😉
wah..cantiikk..:)
ReplyDeleteRezeki ciknor. Hehe
DeleteBeli awal2 sng.
Bata ni memang dah guna sejak sekolah rendah lagi. Makin lama Bata ni dah kuar macam2 pula seperti beg kan? Dulu masa kecik2 cuma kasut ajer kalau tak silap saya. Kasut anak sekolah pun cari Bata juga.
ReplyDeletesound like good deal to shop. I try shopping last month too but sadly its either no my size or the design not fit me at all. got to take time to find suitable shoes for myself then.
ReplyDeleteI love Bata shoes because they are practical and comfortable. With reasonable pricing too
ReplyDeletedari dulu mmg suka dengan bata..betul tu mmg comfortable sangat..dan tahan lasak
ReplyDeletekasut2 dari BATA memang tak dapat dinafikan mmg bagus dan than lama
ReplyDeletekat tempat CR pun ada sale jugak BATA ni tp tak sempat nak g lagi
Lama zaza tak beli brand ni..sbb dh jarang keluar bandar.. Bndr jauh sikit.. So klu beli pun semua online je skg
ReplyDeleteDulu selalu jugak beli brand bata ni sebab kasut dia tahan lama.. skrg jerk malas dh nk naik shopping mall semua beli online jerk..
ReplyDeleteHappy Birthday to you in advance. The shoes look nice and for sure is very comfortable. Our Tun M also wearing the same brand tau hehe
ReplyDeletekter pun shopping Bata jumaat lepas - ada voucher
ReplyDeletesuka pakai bata ni sebab selesa. sekarang design pun not bad tau, dah up to date ;). kasut sekolah pun beli kat bata jugak
ReplyDeletelama dah tak beli kasut di Bata. wahh ade diskaun macam tu, memang berbaloilah..
ReplyDeletelama btul dh tak ke bata.. Tapi sllu akan target tme sales.. Hahaha jimat sikit nak kesana
ReplyDeletekasut bata ni memang feveret kita..sejak zaman sekolah ni..kiranya jenama yang dah diguna dan dipercayai sejak dulu lagi...memang kalau beli tunggu time sales sebab lebih jimat dan lebih murah
ReplyDeletecik en pun memilih bata klku nak beli sandal atau kasut.. sebab kualiti mereka.. design dorg pun dah mula up todate
ReplyDeleteAla lama kita tak shopping kasut asyik pakai kasut buruk jer pergi jalan dan pergi kerja hehehehe rasa ada promo kat Bata nak pergi lah hari tu dengar ada buat clearance hanya RM15 sahaja sandal...
ReplyDeleteRawlins makin kagum dengan Bata sekarang - makin maju, chic dan elegan, sesuai dengan peredaran masa. Produk dia pun makin berkualiti sekarang.
ReplyDeleteKita memang suka jenama kasut Bata . Kasut, sandal , sport shoes kita pun dari Bata. Selesa dan harga amat berpatutan. Tahan lasak gak
ReplyDeleteBata ni lah brand dari kecil sampai dewasa. Koleksi dan design kasut bata pun banyak Yang menarik. Selesa dan harga berbaloi .
ReplyDeleteTime2 nak raya ni mmg kena cari kasut. Last year sis mmg beli kat Bata, memang tahan sampai lah hari ni..nampak elok je lagi. This year pun nak cari kata Bata lagi..la ni dah mcm2 design ada, tu yg best tu
ReplyDeleteCantik2. Kasut raya ke tu? Hehe. Suka jugak kasut bata. Antara kasut yang agak tahan dengan iza. Iza ni bab kasut memang lasak. Semua cepat rosak.
ReplyDeleteSuka jenama Bata ni jugak.. masa sekolah dulu memang Bata la pilihan no.1 tapi kadang beli jugak yang murah sebab harga kasut Bata pun bukan murah
ReplyDeleteKita pun nak cari bkasut bata juga sebba kasut bata ni best, tapak dia lembut dan tak sakitkan kaki.. Harini nak p cari.. Hehehe..banyak pilihan bata ni
ReplyDeleteMasa kecik kecik dulu memang mak ayah Fadzi kalau belikan kasut untuk kiteorang, pergi dekat Bata je. Mak dengan ayah Fadzi pun beli kasut kerja dieorang dekat Bata. Harga boleh tahan. Kualiti dieorang pun bagus
ReplyDeletebata masih pilihan tempat beli kasut , lagi2 nak raya nih memang kena usha bata , sandal saya pun dari bata...beli online jer ...kalau kasut kena pergi kedai beli ...hehehehe
ReplyDeletei love bata shoes, comfy and looks nice... i'm wearing bata shoes now too, so is my kids..
ReplyDeleteYeay Bata ada sale! Sama lah favourite dulu2. Cuma masalahnya kaki ni panjang sangat dah susah nak cari saiz. Suka jugak pergi tapi saiz panjang 41 42 43 banyak dah orang rembat. Sedihhh
ReplyDeleteI also have Bata shoes, memang ok la dari segi keselesaan, design and harga pun berpatutan.
ReplyDeleteMemang bila nak keje ke lemau, cantik lah kasut hari tu ada penghabisan stock kasut bata tapi tak sempat pergi memang tahan bata ni
ReplyDeleteDari kecil mmg suka guna kasut keluaran bata nie.. Tahan lama dan design pun lawa2.. Leh la AM jengah2 di kedai bata berhampiran AM, buat stok raya juga.. Hehehe
ReplyDeletei like bata shoes.. comfy and got quality... let's go shopping in bata
ReplyDelete