Bubur Sagu Chacha

Friday, 18 October 2024

 Resepi : Bubur Sagu Chacha



Hai, siapa kat sini peminat bubur sagu Chacha? 

Nak buatnya pun mudah. 


Panaskan air. Rebus chacha seketika sehingga dia masak. Anggaran tu ikut sendiri la ye. Dah lembut, kuarkan dan rendam kan sekejap dalam air suhu biasa. Nak elakkan dia melekat lekat. 


Panaskan air lagi sekali, rebuskan biji sagu. Air jangan terlalu sikit ye. Masak sehingga kembang. Dah kembang, toskan dah lalukan sekejap bawah air paip. 


Ambil air, panaskan bersama gula melaka. Kemanisan ikut sendiri ye. Sebab gula melaka ni ada size besar. Ada size kecil. 

Bila gula dah larut, masukkan santan. Agak agak dah nampak masak, masukkan secubit garam, chacha yang telah direbus, dan biji sagu tadi. 


Nak bagi bau wangi, letakkan daun pandan sehelai 2 ye. Sekiranya kurang manis gula melaka tadi, boleh masukkan sedikit gula pasir (putih) ye. 


Selamat mencuba. 🫰




#BuburChacha

#SyamimiMasakMasak

#KoleksiMasakanSyamimi


1 comment